35.Pembangunan Lestari Islam Konsep & Aplikasi

Pembangunan Lestari Islam

Kemerosotan alam sekitar dan kualiti hidup antara kesan pembangunan pesat dan urbanisasi. Kebimbangan terhadap isu ini menjadi asas terhadap pelaksanaan pembangunan lestari yang menggabungkan pembangunan seimbang melalui pertumbuhan ekonomi dalam keadaan mengutamakan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Ditanggapi sebagai penyelesaian kepada permasalahan krisis dunia, pembangunan lestari telah menjadi agenda global. Walau bagaimanapun, adakah konsep sedia ada sesuai untuk digunakan dan diaplikasikan begitu sahaja tanpa mengambil kira kepelbagaian agama dan budaya masyarakat dunia khususnya masyarakat Islam? Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, buku ini membincangkan konsep dan aplikasi pembangunan lestari islam merangkumi aspek matlamat pembangunan lestari Islam, isu kepenggunaan sumber alam dan sekuriti makanan, perbandaran dan pembangunan tanah, nilai insan, kempimpinan dan ekonomi politik, kebajikan dan kemasyarakatan serta kearifan tempatan.

Penyunting : Wan Norhaniza Wan Hassan dan Nurul Suhada Ismail

ISBN : 978-967-394-275-6

Harga : RM 30.00

Penerbit : ISDEV

Hubungi : Puan Nur Aznidar Hang Jebat - 04- 653 2910