Skip to main content

2026BENGKEL BIMBINGAN PENERBITAN BAB DALAM BUKU

BAHASA MELAYU

UNDANGAN KE BENGKEL BIMBINGAN PENERBITAN BAB DALAM BUKU BERBAHASA MELAYU BERINDEKS SCOPUS (PENERBIT UPM).

Dengan segala hormatnya, kami merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Bengkel Bimbingan Penerbitan Bab Dalam Buku Berbahasa Melayu Berindeks Scopus (Penerbit UPM) bersempena dengan Simposium Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Peradaban Melayu serta Penerbitan Bab dalam Buku Berindeks Scopus anjuran Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Generasi Malaysia.

Simposium ini menawarkan kolaborasi strategik melalui sasaran penerbitan 10 naskah buku berindeks Scopus (100 manuskrip/bab buku) hasil sumbangan daripada warga akademik dan bukan akademik USM. Penulisan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan boleh merentasi pelbagai disiplin ilmu (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, TVET, Pendidikan, Kemanusiaan, Sains Sosial, Pengurusan, Kesihatan, dan Inovasi).

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan manuskrip yang dihasilkan dapat memenuhi syarat penilaian yang ditetapkan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai 2026, maka pihak ISDEV amat berbesar hati untuk mengundang Warga USM (staf akademik dan bukan akademik) yang berminat untuk hadir ke bengkel persediaan ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  •      Tarikh: 14 & 15 Julai 2026 (Selasa & Rabu)
  •      Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
  •      Tempat: Dewan Kuliah SK 1, Universiti Sains Malaysia

Kehadiran dan penyertaan aktif daripada Warga USM amatlah dialu-alukan bagi menyokong aspirasi untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan penerbitan berimpak tinggi pada peringkat antarabangsa.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/scopusUSMsebelum tarikh akhir, iaitu pada 13 Julai 2026. Bersama-sama ini juga disertakan atur cara program untuk rujukan. Mata CPD akan disediakan untuk peserta.

Pihak penganjur tidak menyediakan makanan dan minuman sepanjang program berlangsung.

Segala perhatian, sokongan dan kerjasama daripada Warga USM bagi menjayakan inisiatif ilmiah ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

ENGLISH

INVITATION TO PARTICIPATE IN THE COACHING WORKSHOP ON  PUBLISHING BOOK CHAPTERS IN MALAY-LANGUAGE SCOPUS-INDEXED BOOKS.

We are delighted to inform you that the Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV) in collaboration with School of Humanities, School of Distance Education, School of Social Sciences and School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia will be organizing a Coaching Workshop on Publishing Book Chapters in Malay-Language Scopus-Indexed Books to support the participation of USM staff in the International Symposium organized by Universiti Putra Malaysia (UPM) Press and Yayasan Generasi Malaysia.

This symposium offers a strategic collaboration aiming to publish 10 Scopus-indexed books (100 book chapters) contributed by USM staff. All manuscripts must be written in Malay, covering various fields including Science, Technology, Engineering, TVET, Education, Humanities, Social Sciences, Management, Health, and Innovation.

In order to ensure that the produced manuscripts meet the rigorous evaluation standards before the submission deadline on 31 July 2026, ISDEV cordially invites all USM academic and non-academic staff to attend this preparatory workshop, scheduled as follows:

  •      Date: 14 & 15 July 2026 (Tuesday & Wednesday)
  •      Time: 8.30 AM - 4.30 PM
  •      Venue: Dewan SK1, USM

Your presence and active participation are highly encouraged to support the shared aspiration of elevating the Malay language as a language of high-impact knowledge and scholarly publication on the international stage.

Registration can be completed online via the following link: https://tinyurl.com/scopusUSM on or before 13 July 2026. Attached herewith is the tentative program for your reference. CPD points will be provided.

Please be informed that the organiser will not be providing food and beverages during the programme.

Your attention, support, and cooperation toward the success of this scholarly initiative are highly appreciated.

Thank you.

  • Hits: 28