Skip to main content

KATA PENGASAS ISDEV SIRI 85

WhatsApp_Image_2021-07-03_at_11.14.53.jpeg

Sudut Pandang dan contoh Pemikiran Kritis Pengasas ISDEV: Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh

Berdasarkan pengamatan dan ibrah yang diambil daripada kisah yang berlaku ke atas umat para Nabi terdahulu, maka Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh menyeru agar kesemua insan berbalik kepada Allah SWT dan memohon taubat kepada-Nya.

MasyaAllah. Ini merupakan contoh tindakan untuk menyahut seruan Allah SWT sebagaimana dalil:

Firman Allah SWT: "Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab al-Quran yang menjadi) peringatan." (Surah Taha, ayat 99)

Demikian pula merupakan antara dalil yang menyeru umat manusia supaya bertaubat kepada Allah SWT:

Firman Allah SWT: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat." (Surah Hud, ayat 3)

  • Hits: 239