Skip to main content

PERBINCANGAN WAKAF PENDIDIKAN ISDEV

WhatsApp_Image_2026-04-30_at_9.47.14_AM.jpeg

ISDEV, USM   |   10 April 2026: ISDEV telah mengadakan sesi perbincangan bersama ZAWAIN dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan kelestarian Wakaf Pendidikan ISDEV. Perbincangan ini telah dihadiri dari ZAWAIN - ⁠Pengarah PM Dr Anwar Allah Pitchay, Perancang Strategik Dr Nazrul Hassan dan Ketua Pentadbiran & Kewangan Pn Azimah. ISDEV pula telah dihadiri oleh Pengarah PM Dr Shahir Akram bersama ahli Jawatankuasa Wakaf Pendidikan ISDEV – PM Dr Zakaria, PM Dr Mohd Shukri dan Dr Murni bersama staf, Pn Anati dan En Nassier.
Antara perkara utama yang dibincangkan:
▪️ Mandat daripada LGU kepada ZAWAIN sebagai penyelaras utama program zakat, wakaf dan infaq USM
▪️ Pembentangan oleh ISDEV berkaitan prestasi semasa meliputi kutipan dana, strategi pelaburan serta mekanisme agihan manfaat kepada penerima
▪️ Perancangan memperluas impak wakaf melalui pendekatan yang lebih strategik, termasuk penambahbaikan model agihan berasaskan pembangunan (development-based distribution)

Selain itu, perbincangan turut menyentuh keperluan memperkukuh aspek tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan wakaf, di samping meneroka potensi inovasi seperti wakaf pendidikan berimpak tinggi yang mampu menyokong pembiayaan pelajar, penyelidikan serta pembangunan akademik ISDEV secara berterusan.

Kerjasama erat antara ISDEV dan ZAWAIN ini dijangka menjadi pemangkin kepada ekosistem wakaf pendidikan yang lebih sistematik, mampan dan berimpak tinggi di USM.

  • Hits: 25