2026: KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UNIVERSITAS NEGERI SURABAYA (UNESA), INDONESIA
ISDEV USM, 11 Jun 2026 | 25 Zulhijjah 1447H – Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB), Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Indonesia yang diketuai oleh Dr. Farih Fahmi, S.Pd., M.Pd. bersama 13 orang ahli delegasi.
Delegasi tersebut telah disambut mesra oleh Pengarah ISDEV, Profesor Madya Dr. Shahir Akram Hassan bersama barisan pengurusan dan staf akademik. Sesi pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan profesional telah membuka ruang kepada pengukuhan hubungan silaturahim antara kedua-dua institusi.
Perbincangan yang diadakan turut menjurus kepada penerokaan pelbagai potensi kerjasama strategik melibatkan bidang akademik, penyelidikan, penerbitan ilmiah, mobiliti dan pertukaran pelajar (student exchange), serta beberapa inisiatif lain yang berpotensi memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.
Semoga pertemuan yang julung kali diadakan ini menjadi titik permulaan kepada jaringan kerjasama yang lebih erat, mampan dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh hubungan akademik antara ISDEV dan UNESA pada masa hadapan.
- Hits: 46