2026: ISDEV - UNISMA IV: WACANA PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN ISLAM
WACANA PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN ISLAM | ISDEV USM – UNISMA IV
11 Sept 2026 | Jumaat - Alhamdulillah, telah berlangsung Wacana Pendidikan dalam Pembangunan Islam: ISDEV USM – UNISMA IV bertempat di Global Classroom, ISDEV, Universiti Sains Malaysia (USM).
Program ini merupakan kesinambungan kerjasama akademik antara ISDEV USM dan Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia, dalam memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman serta jaringan akademik antara kedua-dua institusi.
Wacana kali ini menampilkan tiga perkongsian yang menarik daripada Dr. Dwi Fitri Wiyono, M.PdI., Dr. Bagus Cahyanto, M.Pd. dan Dr. Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain.
Semoga program seperti ini terus menjadi wadah pertukaran idea dan kepakaran, di samping memperkukuh hubungan akademik Malaysia–Indonesia, khususnya antara ISDEV USM dan UNISMA.




- Hits: 14